Monday, 26 September 2011

Work completed

Cuti hujung minggu akhirnya berjaya aku manfaatkan untuk menyiapkan landak cute ni

Dah hampir siap, tinggal nak buat outline

Barulah nampak rupa landaknya bila dah digaris-garis hitamkan
Lepas ni, boleh sambung project cross-stitch yang dah terbengkalai sejak tahun lepas. Harap-harap boleh siap akhirnya....

Sunday, 18 September 2011

My WIP

Cuti hujung minggu 3 hari, dapat lah sentuh sikit cross-stitch comeii ni....


Lebah tanpa sayap yang berterbangan

Lebah yang dah bersayap dan bunga yang separuh siap
Ini part yang disiapkan hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad ada lagi part yang dah siap, tapi tak sempat ambik gambar pulak.

Wednesday, 14 September 2011

Project Cross-stitch

Macam tak beriya pulak buat blog ni. Punyalah lama tak di update. Orang ada blog, kita pun nak ada blog. Itu yang jadi macam ni. Selalu tengok blog2 craft dan hasil craft diorang, yg super duper cantik. Kita ni minat cross-stitch, memang berpinar biji mata kalau tengok hasil cross-stitch. Itu yang masa cuti panjang hari raya ni terbuat pulak cross-stitch comel, free gift dari magazine Cross-stitcher. Ini kita tunjuk Part 1 lah, ya.


Gigih juga lah menjahit pattern ni tapi agak slow, maklum lah banyak kerja2 lain yang nak di settle jugak. Harap-harap cuti panjang weekend ni boleh siapkan landak cute ni.

Tuesday, 22 March 2011

Koleksi stitching lagi


Ini lah salah satu koleksi long stitch aku yang dah ala2 antik kot. Buat long stitch ni lagi cepat daripada cross-stitch. Tapi, ini bukannya long stitch, tak reti lah nak describe camana cara jahitan ni. Kita gunakan jarum khas dan benang pun bukan jenis benang cross-stitch tu, tapi benang cam benang nylon, yang akan berbulu bila di tarik. Leka jugaklah buat stitching ni dan hasilnya seakan-akan baldu gitu.

Thursday, 3 March 2011

My hobby

Salah satu hobi I yang paling lama bertahan adalah cross stitch. My kakak yang mula-mula introduce cross stitching ni, kalau tak silap masa tu I dah sekolah menengah, Form 3 kot. Cuti sekolah kan lama, so memang sesuai la buat cross stitch ni. Masa tu benang DMC baru 30sen aje (eh...ya ke?....25 years ago).

Jom lah tengok koleksi cross stitch yang tergantung kat rumah saya ni...

Yang ni makan bertahun la jugak nak disiapkan..but I luv it...

Yang ni ada feeling2 country gitu


Yang ni pulak, geram dgn tukang buat bingkai
kenapa lah dia buat gitu? Tapi redha aje la...tak kuasa nak ganti

Tuesday, 1 March 2011

My blog is born

This is the first blog I've ever created. Wah, quite tough to write because I have so many things to tell until I don't know what I should tell.....hahaha...