Monday, 26 September 2011

Work completed

Cuti hujung minggu akhirnya berjaya aku manfaatkan untuk menyiapkan landak cute ni

Dah hampir siap, tinggal nak buat outline

Barulah nampak rupa landaknya bila dah digaris-garis hitamkan
Lepas ni, boleh sambung project cross-stitch yang dah terbengkalai sejak tahun lepas. Harap-harap boleh siap akhirnya....

Sunday, 18 September 2011

My WIP

Cuti hujung minggu 3 hari, dapat lah sentuh sikit cross-stitch comeii ni....


Lebah tanpa sayap yang berterbangan

Lebah yang dah bersayap dan bunga yang separuh siap
Ini part yang disiapkan hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad ada lagi part yang dah siap, tapi tak sempat ambik gambar pulak.

Wednesday, 14 September 2011

Project Cross-stitch

Macam tak beriya pulak buat blog ni. Punyalah lama tak di update. Orang ada blog, kita pun nak ada blog. Itu yang jadi macam ni. Selalu tengok blog2 craft dan hasil craft diorang, yg super duper cantik. Kita ni minat cross-stitch, memang berpinar biji mata kalau tengok hasil cross-stitch. Itu yang masa cuti panjang hari raya ni terbuat pulak cross-stitch comel, free gift dari magazine Cross-stitcher. Ini kita tunjuk Part 1 lah, ya.


Gigih juga lah menjahit pattern ni tapi agak slow, maklum lah banyak kerja2 lain yang nak di settle jugak. Harap-harap cuti panjang weekend ni boleh siapkan landak cute ni.