Pin cushion comel, free kit dari cross stitcher magazine. Ini pun ambil masa berminggu nak siap. Maklumlah jahit sebaris, lepas tu berhenti jahit seminggu, mana tak lama masa diambil nak siapkan jahitan ni.
Ni tengah gigih menyiapkan cross-stitch foto yang ditempah pattern nya dari Yati and stitch rasanya dah 2 tahun lepas. Rasanya kena start update progress projek ni sebagai pencetus semangat untuk siapkan by bulan Julai tahun ni. Sebenarnya dah lama minat tengok blog2 kraf tapi rasanya tak setekun crafter yang lain untuk menyiapkan sesuatu kraf tu....huhuhu...
