4 hingga 7 Feb haritu cuti panjang hujung minggu sempena Maulidur Rasul dan public holiday di NS ni untuk cuti Thaipusam. Dari Sabtu hingga Isnin aku kurang sihat, melepek kat rumah sepanjang hari sambil meng-cross stitch. Hari Selasa aku dah rasa sihat, terus mengajak my BF ke nursery, nak beli tanah baja sikit. Aku ada lah menyemai benih cili dan lada, 2 bulan lepas. Nampaknya dah naik anak2 pokok cili dan lada dalam pasu kecik tepi rumah ni. So, aku kenalah pindahkan anak pokok ni ke pasu lebih besar supaya cepat tumbuhnya pokok2 tu. Aku ni bukanlah makan lada atau cili banyak sangat tapi saja nak mencuba tanam sendiri cili, suka2 aje.
Dah ada blog ni, bolehlah aku rekodkan progress pokok2 tanaman aku. Dah namanya ke nursery, asalnya nak beli tanah baja aje, balik2 dah mengangkut pokok2 lain jugak. Aku baru pindah rumah sendiri, itu yang agak excited nak bercucuk tanam, walaupun tanah belakang rumah sebenarnya kena share dgn lebih kurang 160 rumah lagi...duduk apartment la...Takpalah, kalau ada rezeki boleh merasa hasil tanaman ni dgn jiran tetangga.....Insya-Allah...
 |
| Anak lada yang macam lambat betul nak membesar |
 |
| 2 pokok anak cili yang ditanam dalam 1 pasu besar |
 |
| Anak cili ditanam dalam pasu kecil, letak paper dalam tu utk retain air, biar sentiasa lembab |
 |
| Anak mangga chokanan, katanya boleh berbuah dalam masa 2 tahun, dengan syarat kenalah bagi baja setiap bulan |
 |
| Anak rambutan gula batu, yang juga boleh berbuah dalam masa 2 tahun, dengan syarat kenalah dibaja dan disiram selalu |
 |
| Pokok hijau ni nampak elegant, itu yang sambar sepasu, RM8 |
 |
| Tak tau apa nama pokok ni tapi biasa nampak kat rumah org yang rajin bertanam. Yang ini jadi penyeri pintu hadapan, kiranya sebagai penyambut tetamu lah. Sepasu RM15, agak senang juga menjaganya ni & nampak cepat membesar bila dah dipindahkan ke pasu lebih besar |
Harap2 pokok2 ni semua mendapat perhatian dan kasih-sayang untuk terus hidup subur dan membesar di bawah jagaan aku.