Rekod pertumbuhan pokok-pokok ni akan dicatatkan di blog ni sebagai rujukan dan hiburan sendiri.
| Anak roselle setelah 4 hari disemai |
| Anak tomato full house, kononnya nak buat kaedah upside down, itu yang guna pasu orkid |
| Dalam pasu disemai jagung & dalam bekas plastik pulak, kacang tanah |
| Temu pauh, benih kongsi sawi hongkong, kailan OP, bendi emas |
| Seronok bila melihat benih2 yang telah bercambah |
| Pokok cili api yang masih setia berbuah & serai peha ayam yang baru ditanam; benih serai diambil semasa balik kampung 24 Nov haritu. |
Lepas ni kena sediakan patch sayuran di sebelah pokok cili. Senang sikit nak tengok hari-hari dari tingkap bilik.
Nota - senarai benih yang dibeli dari En Iskandar tanamsendiri & diterima pada akhir Nov adalah (updated 21/12/12):
1) Bendi emas - semai 3 benih & semuanya tumbuh elok
2) Timun - belum semai
3) Jagung manis top star - semai 4 benih tapi cuma 1 yang tumbuh, itupun biji benih yang termasuk di pasu untuk semaian sawi - mungkin medium semaian tanah kompos tidak sesuai
4) Kacang buncis - belum semai
5) Kacang tanah - semai 4 benih, 2 tumbuh dengan besarnya, 1 terbantut, 1 tak tumbuh
6) Kailan OP - semaian naik dengan elok
7) Roselle - semaian tumbuh tapi kemudian 'hilang' mugkin dimakan ulat
8) Temu pauh, rizom - sudah berdaun
9) Terung pendek bride - belum semai
10) Tomato ceri full house - semai beberapa benih tapi hanya 2 tumbuh. Pertumbuhannya sangat perlahan. Semaian kelihatan sangat fragile.
11) Benih kongsi sawi hongkong - semaian tumbuh dengan banyak
12) Jagung manis Taiwan - belum semai; benih ni encik is bagi extra, maybe sebab benih jagung top star dah tinggal sikit
Anak pokok sawi hongkong & kailan seakan seiras....kena tunggu besar kot baru nampak bezanya...
No comments:
Post a Comment