Sunday, 23 December 2012

Tanaman makin membesar

Harini baru dapat update tanaman yang disemai haritu. Inilah perkembangan terkini pokok2 ku

Bendi emas pada 15/12/12

22/12/12 - sudah ada 3 set daun & 2 anak pokok dialih ke tanah

15/12/12 - Benih kacang tanah mula mengeluarkan tunas
22/12/12 - Pokok kacang tanah mulai meninggi

15/12/12 - Anak jagung bersama semaian sawi hongkong, kailan

22/12/12 - Anak jagung mulai meninggi

15/12/12 - Tunas temu pauh mulai memanjang
22/12/12 - Temu pauh sudah berdaun

Patch sayuran mulai ditebas untuk dibuat batas kacang tanah

Laman belakang yang semak mata memandang



Butter Cake

Time for baking again. This time I tried  a butter+margerin cake from Paty's Kitchen blog.

It turns out nice...and yummy...

This recipe is a keeper...will try marble cake using this recipe next time

I will put the recipe here for my future reference.

(A)
150gm butter
100gm margerine
200gm castor sugar

(B)
4 eggs, A grade
1 tsp vanilla essence

(C)
230gm superfine flour
2 tbsp milk powder
1/2 tbsp baking powder

(A) - beat until fluffy. (A) + (B) + (C)
Pour batter into a 8" round cake tin & bake at 180C in a preheated oven for 40 min. Turn off the top heater & continue baking for another 15 ~ 20 min.


Thursday, 20 December 2012

21.12.12

Cantik date harini. Langit agak mendung tapi matahari tetap ada. Fenomena bumi gelap seperti yang diramal2kan nampaknya tidak menjadi kenyataan. Tadi pagi dengar radio katanya sekolah kat US pun tutup sebab takut ada budak2 mengamuk bila bumi bergelap. Mungkin sebenarnya diorang saja buat alasan tu, walhal ramai yang nak pergi shopping Christmas....hahaha....

Wednesday, 12 December 2012

Tanaman di halaman belakang

Sekarang musim hujan. Orang kata elok bertanam waktu musim hujan sebab pokok senang tumbuh. Bulan lepas ada beli biji benih dari En Iskandar blog tanamsendiri. Ahad lepas buat misi menabur benih dengan harapan cuaca yang lembap akan mencepatkan percambahan.

Rekod pertumbuhan pokok-pokok ni akan dicatatkan di blog ni sebagai rujukan dan hiburan sendiri.

Anak roselle setelah 4 hari disemai

Anak tomato full house, kononnya nak buat kaedah upside down, itu yang guna pasu orkid

 Yang ini pula semaian yang dibuat pada petang Ahad, 9/12/2012
Dalam pasu disemai jagung & dalam bekas plastik pulak, kacang tanah

Temu pauh, benih kongsi sawi hongkong, kailan OP, bendi emas
Setelah 2 hari, iaitu Selasa 11/12/2012, dah mula kelihatan tunas2 yang melonjak naik. Tapi semaian jagung & kacang tanah masih belum bertunas. Yang itu kena tunggu seminggu rasanya. Takpe, hari2 memang check masa nak menyiramnya setiap petang. Pagi mengelat tak siram sebab malam selalunya hujan.


Seronok bila melihat benih2 yang telah bercambah

Pokok cili api yang masih setia berbuah & serai peha ayam yang baru ditanam;
benih serai diambil semasa balik kampung 24 Nov haritu.

Lepas ni kena sediakan patch sayuran di sebelah pokok cili. Senang sikit nak tengok hari-hari dari tingkap bilik.

Nota - senarai benih yang dibeli dari En Iskandar tanamsendiri & diterima pada akhir Nov adalah (updated 21/12/12):
1) Bendi emas - semai 3 benih & semuanya tumbuh elok
2) Timun - belum semai
3) Jagung manis top star - semai 4 benih tapi cuma 1 yang tumbuh, itupun biji benih yang termasuk di pasu untuk semaian sawi - mungkin medium semaian tanah kompos tidak sesuai
4) Kacang buncis - belum semai
5) Kacang tanah - semai 4 benih, 2 tumbuh dengan besarnya, 1 terbantut, 1 tak tumbuh
6) Kailan OP - semaian naik dengan elok
7) Roselle - semaian tumbuh tapi kemudian 'hilang'  mugkin dimakan ulat
8) Temu pauh, rizom - sudah berdaun
9) Terung pendek bride - belum semai
10) Tomato ceri full house - semai beberapa benih tapi hanya 2 tumbuh. Pertumbuhannya sangat perlahan. Semaian kelihatan sangat fragile.
11) Benih kongsi sawi hongkong - semaian tumbuh dengan banyak
12) Jagung manis Taiwan - belum semai; benih ni encik is bagi extra, maybe sebab benih jagung top star dah tinggal sikit
Anak pokok sawi hongkong & kailan seakan seiras....kena tunggu besar kot baru nampak bezanya...


Kek Pelangi Harijadi

Minggu lepas dapat tempahan Kek Pelangi untuk harijadi. Memandangkan dah beberapa kali buat kek ni, Alhamdulillah, kejadiannya dah semakin elok. Takde la senget benget. Cuma bab deco masih tahap pra-tadika.

Sebelum diserahkan pada customer, ada request pulak untuk tulis Happy Birthday & nama penerima. Terpaksa pulak cari nozzle untuk buat tulisan. Nasib baik berjaya lah juga menulis walaupun terketar-ketar nervous nak menghias kek ni.

 Majlis harijadi ni disambut besar-besaran sekali dengan Family Day. So berderetlah birthday kek, ada 8 semuanya & mostly beli kat kedai atau Secret Recipe & tentulah cantik rupa kejadiannya. Bila dengar feedback dari my customer, happy jugak sebab kek ni mendapat sambutan dan paling cepat habis.Maklumlah cream cheese memang sedap, kena pulak kek ni berwarna-warni & berlapis-lapis. Memang teruja masa nak makannya. Ada pulak tu budak yang menangis-nangis mintak kek ni. Katanya "Nak kek bendera, nak kek bendera" Hahaha............

Big Bad Wolf Sale 2012

I first heard about this Big Bad Wolf Sale in 2010 when it's already over. In 2011, I have planned to go for the Sale but no chance, no money, belum ada rezeki. This year, I managed to persuade my loved one to bring me there on last Saturday, Dec 8th.

We left Seremban at around 2:30pm and I promised him that I will only spend 1 hour there since he has a kenduri to attend to after Maghrib. When we reached MIECC, there was a long queue of cars waiting to get inside. We parked at the open parking near the driving range and have to pay RM5 for the parking fee.

The hall is huge with lots and lots of books to choose. As for me, it's just like unbelievable that I was actually there. I browse through rows by rows, constantly reminding myself not to take the books that I don't know when to read. I just can't take my eyes off those books cause I'm afraid that I might missed some titles that maybe of my interest.

At 5pm, my bf start nagging me to finish my books hunt since he didn't want to stuck in jam in the highway. It's common on Saturday the highway is quite congested especially around Nilai to Seremban exit.

Just want to show my small treasures, also for my records & as a reminder that I have this many books to finish before I start buying another one. Luckily we have RM1000 income tax rebate for books...hmm...

2 bags of books worth RM86

For my reading pleasure

For my little ones

When will I finish reading this?
I am thinking of going again and spend more time browsing for books. Let's see....

Friday, 2 November 2012

Tempahan lagi

Harini berjaya siapkan 2 buku Red Velvet dan sebuku Rainbow Cake yang ditempah. Memandangkan saya ni masih amatur dalam kerja membaking dan menghias kek, maka hiasan pun ala2 budak baru belajar. Insya-Allah tahun depan ada rezeki nak masuk kelas personal yang dianjurkan oleh Bzee Bakery, kedainya di S2 City Park, dah dekat sangat dengan rumah ni.

Re d Velvet Cake for a bithday gurl

Edible image ni agak mahal rupanya, tak tau pulak macamana rasanya, manis kot

Puas hati dengan Rainbow Cake kali ni, kejadiannya agak sekata dan tak senget

Kecur jugak tengok kek ni bila dah siap.

Red Velvet cake lagi, made with love

Puas hati bila dapat siapkan tempahan
Maklum balas yang diterima, my customer suka dengan kedua-dua kek ni. Dah ada lagi tempahan untuk minggu depan. Walaupun letih jugak membaking di dapur ku yang sempit tu, tapi seronok bila tengok hasilnya dan lagi seronok bila mereka2 yang makan kek ni kata sedap dan nak tempah lagi.

One thing for sure bila dah menceburkan diri membaking untuk dijual ni baru tau bukan sikit modal nak membuat kek. Modal bahan mentah keluar duit aje tapi modal yang lebih besar adalah masa dan tenaga yang dicurahkan untuk menghasilkan sebiji kek macam kat atas tu.

Kek Harijadi Mak

Masa cuti Hari Raya Haji haritu, sempat buatkan Red Velvet utk Mak. Tapi kek yang siapnya, 1 pan aje. 1 pan lagi macam tak menjadi. Mungkin tak cukup masak. Kek yang tak menjadi tu dipotong-potong dan dipaipkan cream cheese, sekejap aje selamat dimakan oleh budak2 dan mak budak.

Kek Red Velvet yang rendah dan selesai dalam masa 5 minit saja

Selamat Hari Lahir ke-65 tahun, Mak. Semoga sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki.
Seronok tengok anak-anak buah suka makan kek ni. Insya-Allah birthday Abah November ni nak buat lagi Red Velvet yang jadi kesukaan ramai ni.

Tuesday, 23 October 2012

Tempahan pertama

Malam semalam berjaya menyiapkan sebuku lagi Rainbow Cake. Kek yang dibuat haritu bawa ke ofis, ada pulak member ofis yang berkenan dan nak tempah untuk makan Hari Raya Haji ni katanya.

Inilah hasilnya...

Kotak kek yang comel dan sangat senang untuk dibawa

Kek yang dah dimuatkan dalam kotak

Inilah Rainbow Cake yang terhasil
Harap-harap my customer suka dengan rasa kek ni. Pagi tadi masa hantar kek ni dia kata untuk belated birthday anak bujang dia. Happy rasanya bila ada orang appreciate hasil tangan kita.

Sunday, 21 October 2012

Chairback warna putih

Chairback ni dah lama dibuat. Guna benang yang dibeli di Labuan. Rasanya benang ni dibawa masuk dari Filipina. Gulungan benang ni macam benang yang diguna utk mesin jahit tepi. Best jugak mengait guna benang ni sebab tak berbulu sangat. Hasilnya pun nampak elegant. Kat sini tak pernah jumpa pulak benang ni.

Senget pulak gambar ni. Tak tau lah macamana nak betulkan.

Crochet pink - dah siap

Ini pula crochet doily segi empat yang dah digayakan di atas meja comel tempat letak brg2 comel macam kunci, syiling, keychain, etc.

Crochet hijau - siap

Inilah dia crochet alas meja yang dah siap tu. Sejuk mata memandang bila dah jadi pengalas meja putih depan TV ni.

Crochet hujung minggu

Cuti hujung minggu dapat lah menyiapkan pasangan crochet doily pink ni. Comel aje hasilnya bila dah siap sebagai penghias rak buku yang juga berwarna pink.

Kek Pelangi

Semalam Ahad, bosan juga duduk rumah takde buat apa. Hujan lebat tengahari tu. Lepas tu panas pulak. Itu yang timbulnya pelangi petang. Pelangi ni special sikit sebab munculnya kat dalam rumah...hehehe...

Meriah sungguh warna-warna pelangi ni, memang boleh buat hati ceria

2 keping kek pelangi, jadi menu makan malam
Resepinya, macam biasa google je....dan rahsia nak kek tu sedap, guna unsalted butter...agak mahal tapi berbaloi2.

Thursday, 11 October 2012

Red Velvet lagi

Semalam buat sebuku lagi kek Red Velvet. Ini atas permintaan Cik Senah yang ingin menunjukkan kat parents dia yang anaknya tu pandai jugak baking Red Velvet. Macam biasa, hasilnya tak menghampakan. Tapi tekak sendiri dah agak muak sebab ini dah kek ke-3 yang dibuat dalam masa 2 bulan ni. Raya Haji ni nak buat lagi, nak jamu Mak Abah, adik-beradik dan anak2 buah masa cuti balik kampung nanti.

Hasil kejadian kek ini yang agak cantik, dah improve dari segi rupa.
Practice makes perfect - lagipun dah ada tools utk cake scraping

Bila dah dipotong, baru nampak betapa mewahnya dgn cream cheese, maklumlah buat 1 1/2 adunan topping

Sekeping utk Cik Mel & sekeping utk Cik Senah,
lawan pulak dgn milo panas dalam sejuk malam waktu supper,
memang tak terkata sedapnya.

P/S: Resepi ni ambil dari blog masakan tapi tak ingat which one, kalau google tu jumpalah macam2 resepi RVC ni...Next time akan letak resepi pulak. Utk mudahkan tuan rumah kalau nak buat RVC ni lagi.

Tuesday, 25 September 2012

Pokok di belakang rumah

Pagi ni hujan lebat. Satu perkara yang bagus bila hujan, tak perlu lah siram pokok-pokok di belakang rumah ni. Hujan juga dapat memastikan kesegaran tanaman. Seronok bila tengok pokok-pokok yang ditanam awal tahun dulu dah mula membesar. Pokok mangga dah nampak tingginya, rambutan masih bertahan. Pokok cili dan lada sudah pun mengeluarkan hasil.

Cili api yang dialihkan ke tanah, 4 pokok semuanya

Pokok lada dibiar membesar dalam bekas styrofoam, adalah dalam 8 biji buahnya

Mangga chokanan yang nampak subur hasil pembajaan organik 2 kali sebulan.

Pokok rambutan di tepi pagar

Monday, 24 September 2012

Crochet in-progress

Over the weekend sempat juga mengait crochet doily empat segi ni. Tinggal lagi 2 baris aje nak siap.

Sunday, 23 September 2012

Red Velvet Cake

Dear Waty,

Akhirnya Kak Ie berjaya buat kek Red Velvet ni. Memang sangat sedap lah kek ni. Nanti cuti Raya Haji kita boleh buat lah. Tengok gambar je lah dulu. Nanti bila2 senang, Kak Ie letak resepi. Resepinya ni pun jumpa kat blog mana tah, dah lupa.

Kak Kisme datang rumah semalam, so Kak Ie jamulah dia sekeluarga dgn kek ni. Tak percaya lah dia tengok Kak Ie buat kek ni sebab dia kata sedap sangat, macam beli aje....hehehe...Lagipun haritu buat lengkong pun fail, ini buat kek pulak, macam tak percaya aje.

Wednesday, 19 September 2012

Kek Pelangi Senja

To: Waty,

Saja nak tempel gambar kek pelangi atau nama glamernya Rainbow Cake. Sebenarnya kek ni kan haritu , Waty yang bake. Kak Ie tukang copy paste aje gambar ni kat sini ya. Buat kenang2an yang Waty pernah buat kek pelangi ni. Cadangnya haritu Kak Ie nak buat jugak kek ni tapi masih belum berkesempatan dan memang juga kurang berkemahiran....hehehe...

Warna-warni yang sangat garang, memang very attractive
Nanti kalau Kak Ie berjaya buat my own version kek pelangi, Kak Ie akan updatekan dalam blog ni. Nampaknya boleh pakai resepi yang ada Waty tinggalkan kat dalam bekas pewarna masakan tu. Tengoklah weekend ni kalau angin rajin sampai......